CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

The day will come very soon...

Thursday, March 12, 2009

Alhamdu lillah

Ku panjatkan syukur setinggi-tingginya kepada Allah, Tuhan Pencipta sekalian alam dan segala isinya. Setiap hirupan nafas udara yang bersih dan segar adalah nikmat. Setiap sel darah yang aktif dalam diri ini juga adalah nikmat. Dapat membaca dan menulis sehingga detik ini juga adalah nikmat. Islam, Iman dan Ilmu juga adalah nikmat. Sesungguhnya nikmat yang telah Kau kurniakan kepada hambaMu yang hina dan kerdil ini mustahil untuk dihitung. Masihkah aku dapat mengecapi nikmat-nikmatMu dikeesokan hari?

Semalam selasa 10 Mac, akhirnya keputusan penuh semester 1 aku keluar. Sangat terkejut apabila mengetahui yang aku lepas dan tiada rattrapage (resit paper). Semua subjek yang aku ambil melepasi moyenne 10/20, markah minimum untuk lulus.

Untuk makluman pembaca, sistem pemarkahan di Perancis berbeza dengan Malaysia, UK dan US. 20 adalah markah penuh seperti 100% tetapi ianya adalah hampir kepada mustahil untuk seorang pelajar mendapat 20/20. Bahkan, pelajar yg mendapat purata markah (moyenne) 15/20 sudah dianggap hebat laksana 4 flat atau A1. Secara amnya, seperti Gaussian function dalam matematik statistik yang mana puncak graf di kawasan tengah adalah purata markah kebanyakan pelajar. Bermakna ramai pelajar akan mendapat markah dalam lingkungan 8/20 ke 12/20. Kawasan landai graf di bahagian tepi merujuk kepada hanya sedikit pelajar yang gagal dan sedikit juga pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Jadi, kebanyakan universiti menetapkan 10/20 adalah markah untuk lulus dalam setiap subjek walaupun ada juga yang menetapkan 11/20 atau 12/20 untuk lulus. Tambahan lagi, department aku (sahaja) menetapkan setiap subjek sekurang-kurangnya dapat 10/20 dan tiada compensation iaitu tiadalah konsep: subjek markah yang rendah boleh cover dengan subjek yang dapat markah tinggi.

Sebelum ini, tidak pernah aku dapat 10 ke atas untuk setiap subjek, inilah kali pertama sepanjang aku diperingkat universiti. Sukarnya belajar di Perancis telah pun diakui oleh beberapa teman seangkatan. Aku kembalikan syukurku kepada yang hak, Allah Maha Penyayang. Tapi, ini baru sem 1, masih jauh lagi perjalanan hidupku...

Aku menyedari hakikat bahawa ada usaha, adalah hasilnya. Begitulah kasihnya Tuhan, Allah yang Maha Pemurah. Orang Islam mahupun orang kafir yang berusaha tetap akan mendapat hasilnya setimpal dengan apa yang diusahakan. Yang malas berusaha, malas membaca, maka dialah antara golongan yang rugi. Sebagai orang Islam, aku yakin bahawa Allah yang memberi markah, dan bukan pensyarah. Seringkali aku berburuk sangka padaMu Tuhan apabila aku mengatakan, "abislah aku kali ni,dapat teruklah","matilah aku","teruk pun teruklah" dan sebagainya. Masakan tidak, sebenarnya kata-kataku itu kembali kepada Yang Maha Mentadbir dan Yang Maha Merancang segala urusanku dan sekalian makhluk ciptaanNya. Allah telah pun merancang kehidupan aku dari awal hingga akhir dengan diisi dengan nikmat yang baik-baik. Takkan pula Allah nak rancang kehidupan yang penuh dengan maksiat untuk hambaNya? Aku mesti berbaik sangka dengan Tuhanku. Tapi kita manusia ini lah yang mencorakkan buruk atau baiknya kehidupan kita. Malas mengaji dan mengamalkan agama, maka tersasarlah dari kehidupan baik dan cantik yang telah diatur. Begitulah Qada' dan Qadar Allah. Ampunkan hambaMu ini ya Tuhan...

-Monsieur J-

1 comment:

[ nurul § jamal ] said...

alhamdulillah..semoga perjuangan dan segala usaha yg dilakukan diberkati..caiyok2!